Ada tiga lelaki dalam mimpi hari Sabtu.

Ada tiga lelaki dalam mimpi hari Sabtu.

1. Kami bersua secara tidak sengaja, dia seorang ya g pandai menyanyi. Entah apa yang dibualkan tapi ia indah sekali. Kami berkongsi gelak dan tawa, dia kata akan saya dia jumpa lagi kerana manisnya senyum saya ukir di bibir. 

2. 10 minit kemudian, saya mendapat panggilan dari nombor telefon bimbit. 01x- xxx xxx. Dia bertanya khabar dan saya jawab saya sihat. Dia seperti mengenal saya dengan baik. Nama yang dia kenalkan pada saya ialah "shah". Katanya sudah lama dia ingin bicara dengan saya tapi baru kali ini mendapat peluang dan semangat. Saya membayangkan dia seorang berambut agak panjang, pandai bermain gitar, sedikit berusia dari saya dan badannya tinggi lebar sederhana.

3. Khidmat pesanan ringkas masuk. Ia dari seseorang saya kenal. Namanya Is. Bunyi pesanannya agak marah dan menuduh. Dia mengatakan saya keluar tengok wayang (Finding Dory saya agak kerana cerita itu yang ingin saya lihat) bersama seorang teman perempuan. Saya merasakan hal itu tidak menimbulkan apa-apa masalah. Is juga menuduh saya tidak memberitahunya yang saya akan pulang pada tarikh sekian (iaitu hari ini) dan mengatakan saya sepatutnya berasa di sana lebih lama. Mungkin dia tidak mahu saya gembira dan berjaya sepertinya. 

Pada awal babak, saya masih ingat ada beberapa perkataan tidak dikenali. Bahasa apa juga saya tak erti. 

"Tranchsabus" "Geleksium" "Poloanas" dan lain-lain yang diukir di dinding-dinding batu konkrit lama. Memasukinya seperti menuju ke alam magis. Suasananya agak bingar walaipun tidak ramai orang (seingat saya ya tidak ada orang). Tempatnya sejuk, gelap, hitam biru dan saya lihat saya memakai baju gaun hitam tanpa lengan paras lutut dengan rambut terurai paras bahu. 

Mata pejam akhirnya terbuka dan kira-kira tidak sampai 5 minit, sedang saya cuba ingat kronologi, mimpi-mimpi fantasai kembara sudah pun mulai pudar. Mungkin saya harus tidur berteman buku catatan selepas ini. Saya masih debar dengan mimpi 1 dan 2. Ada orang mengatakan kita hanya akan bermimpi orang yang pernah kita lihat, tapi siapa watak di mimpi 1 dan 2 sangat tidak jelas, bah kan dalam mimpi juga tidak mereka dedahkan. 

Siapa kah roh watak mimpi 1 dan 2? Moga saya dapat jumpa kalian lagi dalam tidur seterusnya. 

Comments