Jika aku harus pergi esok hari
Adakah kau masih mahu mengingati?
Kerana sekarang aku harus pergi
Terlalu banyak tempat ingin aku alami
Jika bersamamu bermakna kekal di sini
Keadaan seharusnya sudah tidak sama lagi
Kerana aku bersayap ingin terbang tinggi
Dan aku tidak dapat mengubah keinginan ini
Selamat tinggal wajah ku semat dalam hati
Perasaan aku pada kamu tidak mungkin hapus dan mati
Tapi jangan lah telannya dengan sedih
Memang benar, aku yang menyalahi
Ku susun rapat-rapat jari
Maafkan aku atas kehendak ini
Aku ingin bebas terbang tinggi
Jauh dari tanah-tanah bumi
Inspired from Free Bird by Lynrd Skynrd.
Comments
Post a Comment