Malam itu aku lihat mereka menari

Jane berdiri di depan pintu, memerhati setiap langkah lubang bawah pintu. Ada kira-kira tiga orang melintas dalam masa berlainan, tapi ia bukan milik Mark.

Setelah beberapa tika, dan Jane juga terlelap di atas alas kaki. Ada ketukan kunci pada grill. Jane pintas bangun, ada sinar dalam mata nya menanti Mark pulang. 

Ada sebungkus tapau Mark bawa pulang, aku kira ia nasi ayam Hainan. Mark senyum sambil membuka mangga, pecat kasut dan masuk ke ruang tamu. Sepertu biasa, Mark akan simpan beg galasnya dalam bilik pertama. Selepas itu, Mark akan salin pakaian ke seluar pendek saja, duduk atas kerusi kayu dan memeriksa telefon bimbitnya.

Jane di dapur, mengambil air kopi sejuk. Jane tahu Mark perlu air yang dingin. Sedang Mark meneguk air, Jane duduk di sebelah cuba ambil bau rambut dan peluh Mark. Sekuntum senyum Jane hadiahkan, Mark hanua balas dengan angkat kening dan berkata "Terima kasih buatkan air."

Mark memeriksa lagi telefon binbitnya, sementara Jane menukar-nukar saluran televisyen. Semuanya tampak tidak menarik, kerana matanya masih tertumpu pada susuk di sebelahnya, bau Mark begitu menyenangkan. 

Hampir dua jam mereka tidal berkata apa-apa. Membiarkan televisyen berbicara penuhkan ruang sunyi rumah. Ada iklan komedi tapi mereka tak ketawa, ada sedutan rancangan hiburan mengenai gosip artis kini, tapi mereka seakan tidak endah. 

Jane mula menyanggul rambut, Mark melihatnya dengan wajah diam. Melihat Jane yang semakin kurus dan pucat, tidak membuat dia berasa gembira. Mark tahu, Jane sedang pendam rasa gundah dalam hati apabila Jane mula urai rmabut dan sanggul kembali berulang kali. 

"Jane.. aku tak mahu datang hanya untuk lihat airmata kau,"

"Baiklah, jika kau tak mahu lihat itu, menarilah bersamaku, boleh?"

"Tapi aku tak erti tarian."

"Aku juga." Jane bangun, kali ini rambutnya terurai. Tubuh berpeluh itu Jane dakap erat. 

Itulah tarian pertama mereka, di temani lampu malam dapur, dan deru angin kipas siling. Jane seperti mahu kekal menari berjam-jam lamanya. Ia nya cuma adegan dakapan yang ke kiri dan kanan, kaki juga kekal di posisi sama atas lantai, tak banyak gerak. 

Aku melihat mereka begitu malam itu. 

Entah bila Jane terlelap dan Mark meletakkan Jane di kerusi panjang. Untuk ke berapa kali aku tidak tahu betapa Mark tak dapat alih pandangan dari lihat wajah Jane yang lena dalam beradu. "Jane, kau terlalu cantik. Aku khuatir wajah kau buat aku tak dapat tidur," Mark bicara perlahan hingga aku sendiri tak begitu jelas dengar. 

Mark ambil keputusan untuk duduk di sudut kerusi, di bahagian kaki Jane. Mereka tidur beberapa jam sebelum bangun pukul sembilan pagi. 

"Mark, kau akan pulang hari ini kan?" 

"Aku harus pulang sejak dari semalam."

Jane angguk. Tanpa kemas apa-apa, Jane buka luas pintu. Mark ambil barang-barangnya, dan melihat Jane sekali lagi. Tiada rasa unik antara mereka lagi pagi itu. Tiada ucapan akhir seperti selamat tinggal atau jaga diri. Tiada suara pun. 

Mark jalan terus tanpa toleh belakang, dan Jane langsung tutup pintu dan tidak amati pemergian Mark yang semakin lama semakin kecil. 

Aku anggap mereka letih pagi itu. Mungkin tak bersua lagi. Ya, Mark tak akan datang lagi. Jane masih menyanggul rambutnya di depan cermin. 

Comments