Mimpi itu titipan Tuhan?

Efek kafien mungkin memimpikan aku dua hal sekaligus. Misterinya alam itu, tiada siapa bisa pilih apa bakal dia temu di dalam. Aku sering mereka cerita sebelum masuk fasa benar-benar bermimpi, dan hampir 80% rekaan aku itu tidak pun habis kerana aku begitu teliti perincian.

Misalnya aku reka aku dalam sedang dalam sebuah bilik. Inci seperti bagaimana rambutku, apa bajuku, cahaya lampunya, susunan perabotnya, apa yang ada di atas mejanya,warna cadarnya, lokasi dinding, tingkap dan pintu, semuanya harus aku pastikan ia terletak ikut rekaan fasa pra-mimpi, dek sibuk menyusun, aku selelu terlelap sebelum siapkan mimpiku sendiri.

Tapi mimpi itu hanya kekal beberapa minit dalam fikiran setelah bangun dari tidur. Maka, aku tuliskan cepat. Sementara masih ingat.

A;
Kau menjauh dari aku. Kau diam tanpa respon. Waktu itu ada perkhabaran pertunangan kau.

Latar mimpi itu hitam putih. Ada babak kau dan keluarga kau, semuanya berbaju melayu seperti rai hari raya. 

Kau bersongkok, memakai pakai baju melayu serta samping, aku paling ingat janggut di dagu mu. Kau tersenyum di hari bahagia itu.

Kau tak beritahu hal itu, kau kira, aku tak perlu tahu dan diberitahu. 

B;
Ini bahagian akhir mimpi, jadi warnaya tidaklah begitu monokrom. Ada sedkit warna. Misalnya, aku melihat kau dalam celana rona biru bercorak pokok kelapa condong ke kiri.

Kau berdiri berpaut pada kaunter bar, memerhati seorang pekerja asing membuat air minuman. fon telinga rapat terlekap, kau angguk-angguk kepala, ikut rentak muzik yang sedang di dengar. 

Ada sesuatu yang perlu kau jelaskan, dalam babak itu, kau perlu jelaskan bil. Aku muncul dalam karakter aku sendiri, bersama beberapa jasad lain, aku agak ia orang tua kau. Aku tidak berapa pasti bagaimana aku tiba-tiba laung nama kamu tapi kau tetap tak dengar.

Lantas aku alih kaki dan dapatkan kau yang leka. Aku tepuk belakang kau dengan kuat. Dan kau beri beri respon nada makian sopan yang tak kesat.

"Datang-datang bantai orang, dah kenapa?"

Aku pusing muka dan cakap "buka message!"

Babak teralih, aku sedang duduk di kerusi meja makan bersama seorang wanita berusia. Yang dapat aku ingat sisa katanya,

"..tidak mudah baginya. Dia juga tidak pasti akan apa yang dilakukannya. Tapi usah lah kau tunggu ketidakpastian. Cari mimpi baru dan tinggalkan lah yang lama.."

_____

Kedua babak lebih kurang saja meminta aku melepaskan mereka dari belenggu penantian aku sendiri. 

Samada ia titipan Tuhan atau mainan tidur, itu tak mungkin terjawab. Biarlah aku anggap ia sebagai suatu pesan dan aku ambil ia sebagai satu peringatan.

_____

Ada babak aku memakai gaun merah untuk menari, tetapi stilletto yang aku pakai bersaiz besar membuat aku lari ke majlis lain. 

Ia majlis orang-orang dalam pesta Jepun. Melihat aku dalam gaun merah, mereka pegun melihat aku dalam gaun. - salah majlis.

______

Aku mahu sambung tidur tapi tak mahu mimpi sama lagi. 

Comments