namanya bermaksud "hamba Allah yang mulia".

Kali terakhir saya melihat dia adalah pada hari raya aidilfitri kira-kira 5-6 tahun lepas. Saya memasuki rumahnya menggunakan pintu belakang, dan kami berselisih dan terpandang wajah masing-masing cuma 2 saat. Dia memakai baju kurta putih, dan saya baju dalam kurung biru dan bertudung bawal rona putih. Terlalu sedikit jika ingin saya kenang, interaksi antara kami. Sel-sel memori saya bekerjasama mencari dan apa yang dijumpai cuma berikut;-

1. Kami pernah makan dalam talam yang sama waktu kecil dahulu. Dia, saya, kakak dan adiknya makan dengan riang, berkongsi nasi putih berlauk daging kicap.

2. Saya melihat dia bermain sendirian dengan gaya Ultraman. Kemudian dia meminta izin ayahnya untuk turun ke tingkat bawah, ingin menonton TV bersama sepupu lelaki. Cepat benar lariannya menuruni tangga dan usai itu, hanya tinggal saya serta dua beradik perempuannya di tingkat atas bermain telefon rumah mendail nombor-nombor panggilan hantu yang dilihat di dalam majalah.

3. Dan seperti permulaan cerita, saya kali terakhir melihat dia adalah pada syawal itu. Dia yang dahulu kecil, kini sudah lebih tinggi dari saya yang setahun tua darinya. Fiziknya kurus dan berkulit cerah. Seingat saya, diatidak senyum walaupun kami secara tidak sengaja memandang mata amsing-masing. Dia mungkin cuba tidak senyum barangkali, atau mungkin dia sudah tak mengenali saya lagi. Beberapa hari kemudian, saya demam. Saya terfikir adakah kerana wajahnya terlalu "terang" hingga saya menjadi kurang sihat.

Itu saja dalam kotak memori saya mengenai dia. Saya tidak ada sebarang maklumat tentang dia. Cuma saya tahu, keberadaan rumahnya, itu pun kalau masih di sana.

Comments