Galau

Reaksi kau tidak sama seperti beberapa tahun lepas. Ya, itu waktu duaributigabelas. Apa aku lebih rendah dari piawaianmu? Atau tidak memenuhi segala dalam imaginasimu? Apa pun kemungkinan itu, tetap diam tak berjawab kerana aku sudah pilih tak mahu bertanya. Cukuplah semua itu, cukuplah sekali bertemu, kuserah segala pada Ilahi pada arah mana angin akan ombak di lautan dan dedaun kering. Apa ke arah ku atau semakin jauh. Kaki kecilku sudah tak berdaya mengejar impian, diam-diam kuselit namamu dalam sujudku, aku tak tahu apa keadaanmu walau satu peratus. Allah Maha membolak-balikkan hati, maka pada Dia aku pinta untuk jaga hatiku yang teramat rapuh, yang sudah berkecai luka berderai keping-keping menjadi abu pasir di pantai.
Selamat tinggal wahai nama-nama yang hurufnya kutanggal satu persatu di pantai itu. 

Comments