Pemuda lesung pipit

Kebelakangan, saya alami kesulitan untuk bangun awal pagi kerna sering kali susah untuk tidur malam. Hasilnya, saya terlalu menagntuk dan kembali tidur selesai Subuh. Waktu pick up shuttle cuma ada dua, pertama pukul 7.30 pagi dan terakhir pada 8.00 pagi. Kerana saya sering jaga lewat, maka saya terlepas keduanya dan harus ambil bas ke pejabat.

Satu-satunya bas yang melalui pejabat ialah Bus Rapid 850. Bas itu menunggu penumpang di luar kompleks beli-belah berhadapan dengan sebuah kedai kopi, EspressoLab. Jumaat itu, berlari-lari anak saya mengejar bas, risau akan ketinggalan dan tampak terlalu lewat ke pejabat. Penumpang sudah ramai dan saya terpaksa berdiri di sepanjang perjalanan. Buku yang agak tebal untuk pembaca baru seperti saya, saya bawa kemana-mana, supaya bisa habis cepat. 

Keadaan di dalam bas agak berbeza dengan keadaan dalam LRT. Berada di dalam bas, saya tidak stabil dan kerap terhuyung-hayang. Saya memeluk tiang sambil membaca buku. Seorang pemuda bertubuh tinggi berhadapan dengan saya tapi saya kurang ambil peduli dan cuma lihat dia guna hujung mata, kerana fokus lebih pada pembacaan. Namun. setiap kali kami tertentang mata, dia hadiahi saya sekuntum senyuman berserta lesung pipitnya, aduh manis. Bas brek tiba-tiba, kerana inertia, saya hampir saja terlambung. Malu dibuatnya, apatah lagi di depan lelaki lesung pipit itu. Setelah penumpang makin berkurangan, dia menawarkan saya untuk ambil alih tempatnya, iaitu besrandar pada tingkap bas, kerana di situ ada hand rail yang lebih rendah. Saya terima denagn senang hati.

Naik bas ke tempat kerja sudah jadi rutin saya sekarang. Agak leceh dan memenatkan kerana saya harus berjalan kaki ke stesen bas dan apabila saya turun di destinasi, saya terpaksa pula berjalan masuk ke bangunan pejabat. Begitu pun, saya tetap gembira. Entah kenapa, saya suka naik kenderaan awam. 

Tadi pagi, saya menaiki bas seperti biasa, sebagai rutin baru. Kali ini saya awals sedikit dan saya dapati masih ada tempat duduk yang kosong. Saya ambil tempat couple seat di sebelah seorang wanita. Sejurus selesa dengan tempat duduk, saya terus membaca tanpa lihat keliling. Mata terasa berat dan saya terlelap sewaktu membaca, apabila saya bangun banyak tempat duduk telah kosong. Saya lihat ada pemuda di sebelah kanan saya. Dia juga duduk di couple seat tetapi berhampiran tingkap. Dengan mata kuyu saya melihat dia. Oh, lelaki lesung pipit! Dia senyum pada saya seperti hari itu, manisnya masih sama. (Ugh, malu sebab tidur tersengguk dalam bas!)

Destinasi saya sampai lebih awal dari dia. Saya tak ada idea tentang destinasinya. Tadi, dia memakai baju kemeja berwaran maroon, seluar kerja hitam, kasut kulit juga warna hitam, rambut kemas, earphone di telinga dan memeluk bag pack warna hitam. Mungkin dia berkerja di mana-mana sektor swasta. Dia sedikit berjambang, mungkin dia juga sahut "No shave November", saya tidak tahu. Apa saya akan ketemu anda lagi, pemuda lesung pipit?

Comments