Tren KJ15 - KJ2

Waktu sudah menghampiri pukul 8 malam, aku masih dalam perjalanan pulang. Ini akan menjadi tulisan ringkas, kutulis ia lewat telefon di dalam tren. Awam sangat ramai, namun aku dapat peluang untuk duduk. Mereka menangkap mata-mata yang mengasihani mereka yang berdiri keletihan. Aku lihat keliling dan pastikan aku tidak merampas tempat duduk mereka yang lebih layak. Lewat ini, selera makan aku begitu hambar. Tidak ada yang betul-betul menarik nafsu makan. Hanya aku, ketagih susu segar - itu saja.

Ini bukan cerita, ia lebih pada laporan tentang rutin aku untuk aku ingati. Dunia terasa berpusing berputar, entah makhluk apa berlari dalam kepala yang tak erti kata penat. Ia menghentam belakang tengkuk dan menusuk-nusuk mata aku. Terlalu pening sehingga tekak terasa loya. Namun aku tak rasa tak selesa berada di dalam tren. Malah ia adalah tempat yang paling selesa bagi aku. Lebih selesa dari bahumu yang lebar atau dadamu yang bidang atau pelukmu yang hangat. Aku tidak ingin keluar, tapi destinasiku semakin hampir. Aku melangkah dengan perlahan, aku tak sanggup keluar. Aku rindukan jasadku yang duduk di sudut gerabak paling hujung. Aku tak mahu keluar.


Comments