Serangga dalam tren


Sebentar tadi saya baru saja menangkap serangga bersiaz mini di dalam elarti. Sebenarnya saya tidak kisah walaupun dalam ada amaran tentang haiwan dilarang masuk tapi atas dasar simpati dan kemanusiaan saya okay saja jika serangga mini tadi mahu naik tren bersama saya dan manusia yang lain. Jikalau tidak sebab gadis india comel berambut pintal-pintal itu tidak menyapu keseluruhan badan termasuk buka kasut dan menampakkan kakinya yang runcing berserta cincin di jari kaki, saya tak hadap nak tangkap haiwan comel itu. Matanya bulat perhati serangga mini yang kini hinggap di kain kurung rona jingga pekat pada gadis yang ralit layan drama korea melalui telefon pintar di hadapan kami, dia tunjuk dan beri isyarat pada saya untuk tangkap. Saya teragak-agak, risau kalau saya rentap saja nanti dicakap pencabul dalam tren. Jadi saya cuit bahu ganggu konsentrasi si gadis berbaju kurung dan minta izin untuk ambil serangga di kainnya atas pinta gadis india comel tadi (dia masih geli ketakutan). Saya tangkap guna tangan bogel dan tanya jika gadis india itu mahu lihat sebelum saya lepaskan serangga mini itu ke luar tren dan dia geleng dengan laju tanda tak mahu. Tren berhenti, “tenet.. tenet..” pintu terbuka dan saya lepaskan serangga tersebut ke luar dari tren. Sayup-sayup saya dengar serangga itu berkata, “Kirimkan salam saya pada gadis india tadi. Saya ikutnya sejak dari stesen universiti lagi!” Saya angguk dan angkat tangan tanda pamit. Gadis india tadi berterima kasih pada saya dan saya sampikan salam serangga tadi pada dia.  Gadis india itu senyum-senyum dan ingat saya hendak mengorat dia lantas dia beri saya kad nama dan sambung main telefon pintar.

Vickneswari A/P Ramanathan
Personal insurance officer
(Nombor telefon) mana boleh bagitahu

Comments