Honey Aprostophe




Semalam aku menyaksikan sebuah peti ais tanpa sayap terbang dan mendarat di dapur kecilku. Ia membuka pintunya dan mengeluarkan cahaya, sejuk hawanya, lalu menarik perhatian sebuah mesin basuh pula. Mereka bertentang mata dan sempat saling kagum dengan kebolehan masing-masing. Mesin basuh mengeluh penat, lalu menempatkan diri di balkoni. Tuala, kaus oblong, coli dan santut senyum-senyum mengalukannya. "Nampaknya, selepas ini aku boleh berenang dan tak perlu di perah-perah lagi." gumam santut sendiri. Tak begitu lama, pintu diketuk hampir tak mahu berhenti sehingga aku yang sedang malas di depan televisi yang sudah tamat siaran terpaksa angkat punggung dan terima tetamu. Ia sebuah kabinet dapur kecil dengan tinggi 3 kaki. "Apa mahumu?" Sambil menyanggul rambut yang tak berapa lurus aku bertanya. "Aku.. err aku teman rapat peti ais. Tadi, aku lihat cahayanya macam dari sini, boleh aku masuk?" Begitu balasnya tanpa menghela nafas. Malas fikir, aku kuak pintu seluas alam dan biar dia masuk sendiri. Mereka sempat berlaga pipi ketika bertemu, macam rakan sekolah yang sudah terpisah lama. "Wah, perut kau subur sekali. Banyak isi ya?" Bilang si kabinet pada peti ais. "Ya, begitulah suamiku pandai jaga," si peti ais tampak letih, namun tak sampai hati untuk tak menjawab. Mereka berbual dan saya tak begitu ingin peduli, lalu terlena di deretan rak buku yang baru 50% dibaca. Hampir setengah jam kemudian, suami saya pulang dengan 2 bungkus nasi ayam hainan. Saya tanpa lengah ceritakan di dapur ada tiga orang kawan baru yang akan teman saya sepanjang dia pergi berkerja. Suami hela nafas dan kata, "Sayang, maafkan abang, mereka bertiga itu bukan orang lain, madu kau juga. Kasihan abang tengok sayang kerja berat sendirian, jadi abang "beli" mereka utnuk tolong sayang." Untuk pertama kali, aku tak kisah dimadukan, malah terasa bersyukur. Kami makan nasi ayam hainan tanpa melihat mata masing-masing sebab terlalu lapar.

Comments

Post a Comment